KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 4 Oktober 2024 – Aktiviti Royong Pembersihan Siri VI bagi penanaman musim baharu variati rosel UMKL-1 bertempat di Pusat Komunikasi OKU Pekak, Batu Buruk. Seramai 8 orang peserta OKU Pekak dan 2 pelajar turut hadir. Projek diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok dan penyelidik bersama, Dr. Yusnita Hamzah daripada Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM). Program Pendayaan Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk memperkasa peranan universiti awam dalam mendaya upaya komuniti menerusi pelaksanaan program yang lebih berfokus kepada kumpulan sasaran.