Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Garis Panduan

 

GARIS PANDUAN PENYERTAAN PENYELIDIK SEMPENA PERTANDINGAN PRODUK PENYELIDIKAN DI LUAR KAMPUS, UMT

1. Borang penyertaan yang dihantar hendaklah daripada Ketua Penyelidik  sahaja. Borang penyertaan yang dihantar daripada Penyelidik Bersama perlu mendapat persetujuan daripada Penyelidik Utama.

2. Penginapan:

A)    Penginapan yang diuruskan oleh urusetia

–          Mengikut kelayakan penyelidik

–          Pengangkutan yang disediakan oleh urusetia

B)    Penginapan yang diuruskan sendiri

–          Mengikut kelayakan penyelidik

–          Pengangkutan tidak disediakan

3. Tuntutan kos penyediaan produk penyelidikan tidak melebihi RM1000 (Vot 190).

4. Pengangkutan:

A)    Tempahan tiket penerbangan diuruskan oleh urusetia mengikut kadar kelayakan penyelidik.

B)    Tempahan tiket penerbangan yang diuruskan sendiri oleh penyelidik  layak memohon tuntutan bayaran balik dengan menggunakan Vot 190.

C)     Penyelidik yang menggunakan kenderaan sendiri layak memohon tuntutan gantian kapal terbang (perjalanan pergi dan balik).

5. Penghantaran input poster dan abstrak kepada urusetia selama 14 hari bermula tarikh tutup penyertaan.

6. Penyelidik perlu menyediakan slide presentation untuk sesi pembentangan produk pada hari pengadilan.

 

GARIS PANDUAN MENGGUNAKAN KHIDMAT PEMBANTU PENYELIDIK DAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH SEMPENA PAMERAN PENYELIDIKAN DI LUAR KAMPUS, UMT

Berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Tetap Kewangan melalui minit 7/2/2007 yang meluluskan kadar elaun makan kepada Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah.

1. Tuntutan bayaran perlu dicaj kepada vot penyelidikan penyelidik tersebut atau boleh dicaj kepada peruntukan mengurus Pusat Inovasi & Pemindahan Ilmu (IKTC) sekiranya penyelidik tiada peruntukan penyelidikan dan diarahkan oleh universiti untuk menyertai pameran; dan

2. Tuntutan bayaran hendaklah disahkan oleh Ketua Penyelidik.

3. Berikut adalah kadar elaun makan yang telah diluluskan.

Jawatan Kelulusan Kadar
Pembantu Penyelidik Sarjana Muda ke atas RM45.00 / hari
STPM / Diploma RM40.00 / hari
SPM RM40.00 / hari
Pembantu Penyelidik Siswazah Sarjana Muda ke atas RM45.00 / hari