Kepakaran UMT dalam penghasilan pembenihan dan pembiakan Ketam
Nipah telah berjaya menarik perhatian MOF dengan menyalurkan dana
sejumlah RM 330,000.00 bagi membantu nelayan persisir pantai dalam
pembiakan dan penternakan Ketam Nipah seusai dengan peningkatan
permintaan (increasing demand) serta faktor harga yang meningkat tinggi.
Hasil pemantauan dan penelitian penyelidik UMT, komunti nelayan persisir
pantai di Mukim Kuala Kerteh, Kemaman telah terpilih untuk terlibat
menjayakan projek ini berdasarkan kesesuaian alam semulajadi dan
komuniti sedia ada sudah terlibat dengan projek penternakan Ketam Nipah
ini secara komersil. Seramai enam (6) orang peserta telah dipilih dengan
kerjasama daripada Koperasi Istiqamah Terengganu Berhad (KITAB).
Tempoh projek adalah selama satu tahun setengah bermula pada 9
Disember 2023 sehingga 9 Jun 2024. Projek ini diharapkan mampu
meningkatkan pendapatan peserta agar melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK).