Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UNIMADANI) KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) BAGI PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM

BENGKEL SIRI 1 – PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UNIMADANI) KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) BAGI PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM
KUALA NERUS, ISNIN, 23 September 2024 – Bengkel Siri 1 Program Pendayaan Komuniti Universiti Awam (Komuniti@UniMadani) Kementerian Kewangan (MOF) bagi PROJEK KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2024 bertempat di Surau At-Taqwa. Komuniti terpilih telah didedahkan dengan penanaman cendawan serta rumah cendawan telah di ubahsuai di surau tersebut dengan membekalkan 1000 bongkah cendawan serta kit penjualan cendawan (penimbang, hygrometer, humidifier, plastik, sticker jualan) telah dibekalkan bagi membolehkan peserta mendapat pengalaman penanaman dan penjualan cendawan tiram. Program Pendayaan Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk memperkasa peranan universiti awam dalam mendaya upaya komuniti menerusi pelaksanaan program yang lebih lebih berfokus kepada kumpulan sasaran.

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit