Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Mengenai Kami

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) merupakan PTJ yang dibentuk hasil gabungan dua PTJ lain iaitu Pusat Jaringan Penyelidikan ECER (PJP ECER) dan Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu (PIPI). Bermula pada 15 November 2014, PIJI telah menetapkan misi yang ingin dicapai iaitu dengan menyokong universiti dalam pengurusan inovasi, jaringan penyelidikan dan pemindahan ilmu untuk manfaat komuniti dan industri.

Justeru itu, objektif PIJI yang disepakati bersama dan bakal menjadi hala tuju kepada PIJI adalah :

  • Merancang dan mengurus strategi inovasi yang berkesan  dalam proses pemindahan ilmu untuk menghasilkan insan progresif dan persekitaran lestari
  • Memberi perkhidmatan pengurusan harta intelek yang berkesan kepada warga UMT
  • Menjadi pusat rujukan komuniti setempat menerusi jaringan penyelidikan yang inovatif  dalam meningkatkan sosioekonomi dan pembangunan modal insan
  • Memupuk dan memanfaatkan hubungan baik dan perkongsian pintar dengan pihak industri dan komuniti

Sedikit sejarah penubuhan PIJI :

15 Mac 2005 Pusat Perhubungan Universiti-Industri (PPUI)

Mac 2005

Pengurusan harta Intelek dan pengkomersilan serta perkhidmatan perundingan.

 

Tambahan portfolio bermula September 2008

  • Penyelaras Latihan Industri
  • Pejabat Pusat Kecemerlangan
    ECER – KPT- UMT
  • Pusat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

 

01 Jun 2009 Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS)

Portfolio Penubuhan

  • Kerjasama universiti-industri
  • Pejabat Pemindahan Teknologi
  • Latihan Industri dan Mobiliti

Pelajar

  • Program Tanggungjawab Sosial

Universiti (USR@UMT)

  • Pusat Kecemerlangan ECER-KPT-UMT

 

20 Januari 2013 Pusat Jaringan Penyelidikan ECER (PJP ECER)

Fungsi

 

  • Perkongsian Pintar
  • UCTC (Pusat Transformasi Komuniti Universiti)
  • Jaringan Institusi
  • ECER-KPT-UMT
15 November 2014

Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri

 
(Gabungan PJP ECER dan Pusat Inovasi dan Pemindahan Ilmu- IKTC)

Fungsi

  • Pengurusan Pentadbiran
  • Pemindahan Ilmu

– UCTC
– Program Pemindahan Ilmu (KTP)
– Pengurusan Geran Pemindahan Ilmu Dalaman UMT
– Program-program Pemindahan Ilmu berdana

  • Jaringan Industri-Akademia

– Perkongsian Pintar
– Kerjasama Strategik

 


Rangkuman_Berita

UMT anjur Industry & Career Expo 2024

Pada 10 Oktober 2024, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah menganjurkan Program Industry & Career Expo 2024

Read More »