KRT Kg. Telaga Batin telah bekerjasama dengan UMT menerusi Projek Inovasi Akuaponik melibatkan penternakan ikan tilapia, udang lobster air tawar (LAT) dan sayur-sayuran.
Keunikan projek ini adalah penghasilan produk ikan pekasam, udang LAT dan sayuran yang berpotensi untuk dikomersialkan dan seterusnya membantu menambah pendapatan warga KRT Kg. Telaga Batin.