UCTC UMT secara rasminya ditubuhkan pada 15 Disember 2013 setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) UMT kali ke-112 (Bil. 18 tahun 2013) dibawah fungsi PJP ECER. PJP ECER bertindak sebagai sekretariat IPT bagi menyelaras pelaksanaan dan pelaporan program dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan membincangkan isu-isu masyarakat setempat khususnya pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region, ECER).
UCTC diwujudkan bagi mengubah tradisi universiti yang sebelum ini menumpukan peranan dalam pengajaran dan penyelidikan kepada memberi perkhidmatan untuk masyarakat. Pusat ini akan bertindak sebagai tempat penghubungkait pelajar dan fakulti dengan komuniti setempat. Dengan cara ini, IPTA boleh menggunakan kepakaran bagi mengatasi isu–isu masyarakat setempat, menawarkan peluang melakukan kajian kepada ahli fakulti serta menawarkan aktiviti kokurikulum serta pengalaman kerja kepada para pelajar universiti.
[:en]UCTC UMT officially established on 15 December 2013 The PIJI acts as the secretariat for the INSTITUTION to coordinate the implementation and reporting of the programme by establishing a special committee to coordinate and discuss local community issues especially the East Coast Economic region Development (East Coast Economic Region, ECER).
UCTC was established to transform the university’s traditions which was previously focused on teaching and research to provide services for the community. The Centre will act as a place for student relationship and faculty with the local community. In this way, IPTA can use expertise to overcome the issues of the local community, offering opportunities for research to faculty members and to offer co-curricular activities and working experience to university students.[:]