MENGENAI PPRN

Projek Jaringan Penyelidikan Swasta Awam (PPRN) adalah inisiatif baru Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari 2015 yang lepas.  PPRN diperkenalkan untuk menggalakkan program inovasi berasaskan permintaan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti serta mengukuhkan ekonomi negara.Inisisatif ini selari dengan Lonjakan ke-7 dalam Pelan Strategik Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang menekankan kepentingan pembangunan ekosistem inovasi dalam beberapa bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara.

PPRN mempunyai objektif untuk mewujudkan ‘knowledge-friendly ecosystem’ iaitu satu persekitaran di mana Universiti sebagai tempat yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran bertindak untuk menyalurkan pengetahuan dan kepakaran tersebut kepada mereka yang memerlukan iaitu pihak industri. Peranan IPT akan dipertingkatkan sebagai penyelesai masalah pelbagai pihak berkepentingan dan mendidik penyelidik yang mahir.

Menerusi projek PPRN, segala permasalahan berkaitan teknologi atau mana-mana bahagian di mana terdapat potensi untuk peningkatan produktiviti daripada pihak industri dapat diselesaikan. Inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama daripada pihak akademia, industri, kerajaan dan komuniti bagi penghasilan inovasi dan pengkomersilan idea.

UMT melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Alumni dan Keusahawanan (CADE) dilantik sebagai sekretariat PPRN. Melalui kerjasama strategik ini, pihak UMT mensasarkan pengumpulan 60 masalah berkaitan teknologi/proses di pihak industri untuk dipadankan melalui inisiatif PPRN. Setakat ini, 2 bengkel PPRN bersama industri telah diadakan. Sehingga kini, hanya 24 masalah yang memenuhi kriteria PPRN telah dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak PIJI dan CADE akan melaksanakan bengkel seterusnya untuk mencapai sasaran tahun ini.

Maklumat lanjut mengenai PPRN boleh didapati di laman web berikut:

logo-pprn-baru-final-small2-float