UMT anjur Industry & Career Expo 2024

Pada 10 Oktober 2024, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah menganjurkan Program Industry & Career Expo 2024 (ICE2024) dengan tema “Building Tomorrow’s Talent through Smart University-Industry Partnership”. Antara aktiviti rakan industri sempena program ini adalah pelantikan Malim Industri UMT, forum, syarahan jemputan, syarahan kerjaya, career coaching, perkongsian […]
Projek Pembangunan Usahawan Sosial Dikalangan Kumpulan Komuniti Miskin Bandar Menerusi Penglibatan Di Dalam Aktiviti Pembuatan Makanan Berpusat Di Rumah (Home Based) Di Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Terengganu
Pemindahan dan asimilasi ilmu berimpak kepada komuniti dan industri amat penting untuk meningkatkan sosioekonomi dan pendapatan bagi kumpulan bersasar khususnya golongan miskin bandar dan luar bandar (B40) sekaligus dapat mempertingkatkan kualiti hidup mereka ke arah mengukuhkan komuniti setempat. Mengambil inisiatif kerajaan dalam kehendak dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) bagi penglibatan komuniti sebagai agenda utama, […]
UMT & Celcom Axiata Berhad tandatangan Memorandum Persefahaman

Bermula dari usaha murni membantu mangsa banjir pada 14 Januari 2017, UMT dan Celcom Axiata Berhad mula menjalinkan kerjasama strategik khususnya pada pembangunan usahawan di kalangan pelajar. Sejak dari itu, kedua-dua institusi ini tidak menoleh ke belakang lagi. Hasilnya, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh kedua-dua institusi ini pada 9 April 2021 di The Everly […]
MPRI 2019 Melonjak Wibawa UMT bersama Industri

Pada 24 November 2019, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 (MPRI 2019) dan Pelancaran Program Work Based Learning (WBL) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.,Johor dan Kuantan Port Konsortium Sdn. Bhd., Pahang bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor […]
Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Maritim

Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Maritim melaksanakan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini menjangkakan untuk melahirkan graduan UMT yang mempunyai kemahiran seiring dengan keperluan industri seterusnya mencapai matlamat untuk meningkatkan peratus Kebolehpasaran Graduan UMT dan Maritim khususnya. Program ini menawarkan tiga jenis latihan/kursus yang melibatkan […]
PIJI anjur Bengkel Pemindahan Ilmu : Keusahawanan Digital

Pada 26 hingga 27 September yang lepas, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan satu bengkel pemindahan ilmu berkenaan keusahawanan digital yang bertempat di makmal komputer Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) UMT. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 30 orang peserta […]
CIUC UUM timba pengalaman dari PIJI UMT

Pihak Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) telah menerima lawatan rasmi dari Pusat Kolaborasi Universiti – Industri (CIUC) Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula dari 25 hingga 26 Oktober yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk pihak CIUC UUM menimba pengalaman dan bertukar pendapat bersama pihak PIJI UMT berkenaan program-program kolaborasi antara universiti bersama komuniti […]
PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018
PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018 akan diadakan semula pada SETIAP RABU bermula 17 OKTOBER 2018. Pasar ini merupakan program pasar anjuran bersama Pusat Pemindahan Ilmu & Jaringan Industri, UMT dengan FAMA Negeri Terengganu. PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018 akan diadakan semula bertempat di Parkir Pusat Islam Sultan […]
UMT sertai UNIMAKER 2018 (East Region)

Tahniah kepada UMT kerana telah mendapat Naib Johan daripada 53 penyertaaan dari 7 universiti, Unimaker IR 4.0: Transcending The Future, East Region yg telah berlangsung di UniSZA pada 7 Oktober yang lalu. Inovasi bertajuk “Ez-Larvae Counting System for Fish and Shrimp using Image Processing Techniques” ini disertai oleh 3 org pelajar tahun akhir PPSPA, iaitu […]
Perbincangan Pelaksanaan Program Pasar UCTC My Best Buy– UMT 2018

Perbincangan Pelaksanaan Program Pasar UCTC My Best Buy– UMT 2018 Satu perbincangan bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan Program Pasar UCTC My Best Buy @ UMT telah diadakan pada 13 September 2018 (Isnin) jam 10 pagi dan bertempat di Bilik Mesyuarat FAMA Negeri Terengganu, Tingkat 1, Lot 1622, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu. Perbincangan ini telah […]