Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Projek Pembangunan Usahawan Sosial Dikalangan Kumpulan Komuniti Miskin Bandar Menerusi Penglibatan Di Dalam Aktiviti Pembuatan Makanan Berpusat Di Rumah (Home Based) Di Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Terengganu

Pemindahan dan asimilasi ilmu berimpak kepada komuniti dan industri amat penting untuk meningkatkan sosioekonomi dan pendapatan bagi kumpulan bersasar khususnya golongan miskin bandar dan luar bandar (B40) sekaligus dapat mempertingkatkan kualiti hidup mereka ke arah mengukuhkan komuniti setempat.

 

Mengambil inisiatif kerajaan dalam kehendak dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) bagi penglibatan komuniti sebagai agenda utama, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah bersetuju untuk menjalankan dua (2) projek bagi komuniti miskin bandar (B40) dan Nelayan Persisir Pantai di sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Mukim Kuala Kerteh, Kemaman melalui usahasama Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri & Masyarakat (PPIJIM) dan UMT Jaya Holding Sdn. Bhd.

Projek Pembangunan Usahawan Sosial Dikalangan Kumpulan Komuniti Miskin Bandar Menerusi Penglibatan Di Dalam Aktiviti Pembuatan Makanan Berpusat Di Rumah (Home Based) Di Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Terengganu

 

Projek Pembangunan Usahawan Sosial dikalangan Kumpulan Komuniti Miskin Bandar (B40) menerusi penglibatan di dalam aktiviti Pembuatan Makanan Berpusat di rumah (Home Based) di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah mendapat suntikan dana sebanyak RM 145,000.00 daripada MOF. Projek ini juga melalui jaringan kerjasama bersama pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), KEMAS dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

 

Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai dua puluh (20) orang khususnya yang terpilih daripada golongan miskin bandar (B40). Tempoh projek adalah selama satu tahun setengah bermula pada 9 Disember 2023 sehingga 9 Jun 2024. Projek ini diharapkan mampu meningkat sumber pendapatan bulanan isi rumah golongan yang disasarkan dari RM1,500.00 kepada RM2,500.00.

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit