Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM LAWATAN KERJA KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN SABAH PORT SDN. BHD. PUSAT PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI

Program ini telah diadakan pada 13-17 Disember 2022 dengan disertai oleh 13
orang staf PPIJI dengan diketuai oleh YBrs. Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan,
Pengarah PPIJI.
LAWATAN KE UMS
Kunjungan hormat ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah disambut oleh
YBhg. Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri, Penolong Naib
Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Pengarah, Pusat Kelestarian
dan Libatsama Masyarakat, UMS.
Objektif utama lawatan ini adalah perbincangan berkaitan projek libatsama
komuniti dan industri serta bertukar pandangan mengenai projek U4S
(University for Society) dan program-program berkaitan USR (University Social
Responsibility). Pihak PPIJI juga turut berpeluang melihat sendiri Projek
Komuniti UMS ‘Bombon’ di Kampung Marakau, Ranau iaitu projek Inovasi Tagal
Ikan. Mengambil peluang yang ada, pihak kami turut menyumbang sumbangan
berbentuk peralatan bagi kemudahan komuniti dan pelawat serta menjalankan
aktiviti USR di sekitar kawasan projek ini bersama pihak UMS. Projek ini
merupakan projek yang berjaya dibangunkan oleh komuniti kampung dengan
kerjasama dan bantuan pihak universiti yang menjadi tarikan utama di Ranau,
Sabah.
Secara keseluruhannya, lawatan ke UMS ini memberi impak secara dua (2) hala
antara UMS dan UMT dalam bertukar pandangan serta perkongsian input yang
berguna selain dapat membuka peluang dan ruang menjalinkan kerjasama
dengan pihak Universiti Malaysia Sabah.
LAWATAN KE SABAH PORT SDN. BHD.
Lawatan industri ke Sabah Port Sdn. Bhd. (SPSB) telah disambut oleh Puan
Patsy Tiasing, wakil Pengurus Besar SPSB dan Puan Julia Ismail, Pengurus
Khidmat Pelanggan SPSB.
Tujuan utama lawatan industri ini adalah membuka ruang yang lebih luas dalam
menjalinkan kerjasama strategik bagi hubungan industri serta pengkongsian
kepakaran dan teknologi secara dua (2) hala antara UMT dan SPSB. Selain itu,
lawatan ini amat penting bagi mengenal pasti prospek jaringan kerjasama yang
boleh dijalankan antara UMT dengan SPSB. ICOE Maritim, PPIJI memainkan peranan penting dalam mewujud dan merealisasikan inisiatif ini.
Pihak SPSB juga berbesar hati membawa delegasi PPIJI melawat fasiliti yang
terdapat di SPSB. Pelabuhan dan logistik ini merupakan yang terbesar terdapat
di Negeri Sabah.

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit