Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

Kelulut bantu nelayan musim tengkujuh

SETIU: Lebih 60 penduduk di Kampung Pengkalan Gelap di sini, yang terdiri daripada golongan nelayan dapat menarik nafas lega apabila pendapatan mereka di musim tengkujuh yang sepatutnya merosot diselamatkan dengan projek ternakan madu kelulut.

Ketua Penyelidik Kumpulan Lebah dan Kelulut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, projek kelulut pesisir pantai yang dijalankan sejak 2018 itu ternyata memberi manfaat kepada penduduk sekaligus meningkatkan sosioekonomi mereka.

Beliau ketika dihubungi berkata, sebahagian daripada 180 sarang kelulut yang terdapat di komuniti berkenaan turut menggunakan inovasi SmartHive yang telah dipatenkan hasil penyelidikan UMT, dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia.


Pemindahan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Setiu tentang peranan kelulut sebagai agen pendebungaan
dan melestarikan alam sekitar disamping sebagai medium menjana pendapatan.

 

 

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit