Pada 10 Oktober 2024, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah menganjurkan Program Industry & Career Expo 2024 (ICE2024) dengan tema “Building Tomorrow’s Talent through Smart University-Industry Partnership”. Antara aktiviti rakan industri sempena program ini adalah pelantikan Malim Industri UMT, forum, syarahan jemputan, syarahan kerjaya, career coaching, perkongsian ilmu, perkongsian teknologi, perbincangan bersasar, temuduga pelajar, pameran dan lain-lain. Program Industry and Career Expo (ICE) 2024 ini adalah gabungan UMT Industrial Week (UIW) anjuran PPIJIM dan Career, Entrepreneurship and Skills Festival (CESF) 2024 anjuran UMT-GEM dengan sokongan dari pelbagai PTj terutamanya Fakulti dan Institut.
Dalam majlis tersebut juga telah diluncurkan UMT Hub of Industry Visibility & Excellence (UMT HIVE) yg memaparkan logo-logo industri yg bekerjasama dgn UMT. Bagi menghargai sumbangan dan kerjasama dari pihak industri, PPIJIM telah membina satu papan tanda yang memaparkan logo syarikat-syarikat yang telah bekerjasama dengan UMT yang dinamakan sebagai UMT Hub of Industry Visibility & Excellence (UMT HIVE) .
Seterusnya, UMT juga telah menyampaikan lantikan kpd 27 pakar industri yang dilantik sebagai Malim Industri UMT. Pelantikan Malim Industri adalah salah satu inisiatif proaktif yang dilaksanakan oleh PPIJIM dalam membantu universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pihak industri bagi memacu universiti agar lebih kompetitif. Melalui pelantikan Malim Industri, pelbagai manfaat dapat diraih oleh para mahasiswa dan juga ahli akademik kerana tokoh-tokoh ini dapat berkongsi dan memberi input yang terkini dalam pembangunan kurikulum dan pembangunan bakat di kalangan mahasiswa, di samping dapat membantu para ahli akademik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.