Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

MPRI 2019 Melonjak Wibawa UMT bersama Industri

Pada 24 November 2019, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 (MPRI 2019) dan Pelancaran Program Work Based Learning (WBL) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.,Johor dan Kuantan Port Konsortium Sdn. Bhd., Pahang bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar. Turut hadir adalah 300 tetamu yang terdiri daripada rakan industri dan komuniti, agensi kerajaan , NGO, pemimpin setempat dan ahli akademik pusat pengajian awam serta swasta.

Kewibawaan UMT dalam bidang maritim membolehkan UMT menerima dana program INDUSTRY4WRD oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bernilai RM400,000 untuk program 4.0 Industry Revolution Competence Center for Maritime Industry. Competence center ini akan dilengkapkan dengan kemudahan latihan dan penyelidikan berasaskan virtual reality system. Sistem ini akan menyokong latihan asas dan struktur dalam industri maritim. Antara industri yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah MSET, ILP Kuala Terengganu, INSTEP, TATIUC, HAKITA dan KOMERI.

Kerjasama strategik UMT dengan Technology Depository Agency Berhad (TDA) dibawah Kementerian Kewangan, Malaysia membolehkan UMT menerima program kolaborasi industri (ICP) bersama Integrated Marine Works bernilai RM300,000. Program ini akan melatih para graduan UMT dalam kemahiran pengorekan (dredging) di perairan Malaysia. Menerusi kerjasama ini dijangkakan seramai 100-150 graduan UMT akan dilatih menjadi professional dalam sektor marin dan maritim. Ahli akademik UMT juga akan berpeluang terlibat dalam projek perundingan dan penyelidikan berimpak tinggi.

Selain itu, UMT juga menerima RM90,000 untuk pelaksanaan iMakers@UMT. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasa pelajar dalam menghasilkan idea kreatif menerusi platform teknologi IR4.0 dalam memberi penyelesaian terhadap isu semasa berkaitan komuniti dan industri. Program ini melibatkan kerjasama tiga syarikat IOT SATA Sdn. Bhd, SAS Institute Sdn. Bhd, dan Cybersecurity Malaysia.

UMT sebagai Industry Centre of Excellence (ICoE) Kluster Maritim telah menerima dana sebanyak RM600,000 untuk program kebolehpasaran graduan. Melalui program ICOE ini dijangka 120 orang pelajar daripada UMT, UUM, UniKL, Politeknik kerajaan dan IPTS mendapat jaminan peluang pekerjaan yang melonjakkan pencapaian GE (Graduate Employability) di sektor maritim negara. 3 program yang terlibat adalah:

a) Training for Professional Certificate of Safety and Health Officer berkolaberasi dengan UMT JAYA HOLDING dan syarikat CIESH.
b) Training for Shipbuilding & Ship Repair Preparatory berkolaberasi dengan OMAHAMS CORPORATION.
c) Training for Gas Pipe Insulation berkolaberasi dengan RANACO GROUP.

Bagi memperkasa hubungan universiti-industri, UMT telah melantik 21 orang tokoh di Malaysia dalam pelbagai bidang sebagai Malim Industri bagi membantu melonjakkan citra UMT di peringkat nasional dan global. Turut diraikan adalah 3 orang CEO lantikan Menteri Pendidikan Malaysia dibawah AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme iaitu Laksamana Pertama (Bersara) Dato’ IR. Hj. Ahmad Murad Omar dari OMAHAMS CORP. Sdn. Bhd, En. Mohamad Idham Nawawi dari CELCOM Axiata Berhad, dan En. Wan Nadhri Wan Fauzi dari Blue Archipelago Berhad. AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme merupakan salah satu inisiatif dibawah AIxCHANGE yang melibatkan penyertaan tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta dan syarikat multinasional yang menyumbang perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada warga universiti.

Keprihatinan UMT juga terserlah dalam memberi penyelesaian terhadap isu di kalangan komuniti dan industri melalui projek pemindahan ilmu dibawah geran Knowledge and Technology Assimilation Grants Scheme (KTAGS). Bermula tahun 2018 sehingga kini, sebanyak RM500,000.00 peruntukan kewangan telah disediakan yang melibatkan 51 projek pemindahan ilmu telah memberi manfaat kepada pelbagai komuniti termasuklah komuniti orang Asli, orang kurang upaya, nelayan, usahawan PKS, banduan, ibu tunggal dan orang-orang kampung di sekitar UMT, agensi luar dan komuniti dalam dan luar negeri Terengganu. Program pemindahan ilmu yang dijalankan ini telah banyak membantu dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang lebih mampan, meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat dan membantu komuniti dalam pembangunan lestari. Ini membuktikan sokongan padu UMT dalam asprirasi University for Society (U4S). Melalui MPRI 2019 sebanyak 5 pertukaran dokumen MOA menerusi dana KTAG dapat direalisasikan.

UMT prihatin dalam membantu SME dengan mewujudkan geran padanan UMT yang melibatkan 17 projek penyelidikan. Matlamat utama geran padanan industri ini diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah menerusi penyelidikan dan perundingan. Platform ini secara tidak langsung mengiktiraf kepakaran ahli akademik UMT serta memberi pendedahan situasi sebenar di industri kepada ahli akademik. Ini dapat memberikan penyelesaian permasalahan sebenar komuniti dan industri berteraskan Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati.

Justeru, UMT menobatkan projek jaringan komuniti dan industri berimpak tinggi menerusi Anugerah Keterlibatan Komuniti dan Anugerah Keterlibatan Industri. Projek- projek yang terpilih ini telah memberi impak kepada masyarakat melalui peningkatan ilmu, aspirasi, kemahiran dan sikap (KASA change). Kemenangan ini dapat membakar semangat ahli akademik, industri dan komuniti menghayati falsafah Sustainable Development Goals (SDG 2010-2030).

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit