Assalammualaikum dan Salam Sejahtera |
Hulu Terengganu – Satu lawatan kerja pemantauan bagi Projek Pendidikan “Jungle School” Orang Asli di Terengganu Fasa 2 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu.
Projek ini dilaksanakan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Norhayati Ab. Manaf dari Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di bawah inisiatif Komuniti@UniMADANI 2025.
Lawatan pemantauan ini diketuai oleh Pn. Haniza binti Abd. Aziz, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Turut hadir Ts Dr. Ezmahamrul Afreen Awalludin, Timbalan Pengarah (Pemindahan Ilmu & Masyarakat), Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri & Masyarakat (PPIJIM).


