Assalammualaikum dan Salam Sejahtera|
UMT melalui Pusat Pemindahan Ilmu, Jalinan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja Yayasan Pembasmian Kemiskinan (YBK) bagi mengeratkan hubungan strategik dan meneroka peluang kerjasama dalam program yang memberi impak sosial.
Rombongan YBK diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, bersama YBhg. Datin Dr Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran), En. Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar), pegawai YBK dan rakan strategik YBK dari Felda Wilayah Timur.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian mengenai projek pemindahan ilmu UMT, diikuti dengan lawatan ke beberapa tapak projek seperti penternakan kelulut, integrasi dan penanaman akuakultur ikan keli, penanaman cendawan tiram, dan sistem akuaponik.
Kerjasama ini diharap dapat memperkukuh peranan UMT dan YBK dalam memperkasakan pembangunan masyarakat berteraskan ilmu dan inovasi.


