Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT

Universiti Malaysia Terengganu

FAQ

HARTA INTELEK

Apa itu harta intelek?

Harta Intelek (Intellectual Properties, IP) merupakan istilah yang merujuk kepada berberapa jenis hasil dari idea/minda seperti ciptaan (invention), hasil karya seni, simbol-simbol, nama-nama, imej, dan rekaan dalam perniagaan yang hak eksklusifnya diakui di bawah undang-undang berkait.

 Harta intelek terbahagi kepada berapa bahagian?

Harta intelek terbahagi kepada dua kategori iaitu Harta Industri (Industrial Property) dan Hakcipta (Copyright). Harta intelek dalam kategori Industrial Property adalah seperti ciptaan (patent), cap dagang (trademark), rekaan industri (industrial design) dan penunjuk geografi (geographical Indication) manakala dalam kategori Copyright adalah seperti  hasil penulisan dan karya seni seperti novel, puisi, filem, muzik, lukisan, fotografi, ukiran dan rekaan arkitek.

 Bagaimanakah proses permohonan proses harta intelek?

Klik di SINI untuk mengetahui lebih lanjut

Berapa lama tempoh untuk proses permohonan paten?

Tempoh bagi permohonan sesuatu paten maksimum 5tahun.

 Apakah hak pemunya paten?

Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut.