Knowledge Transfer Programme (KTP)

Skim Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) dirangka untuk mengalakkan pemindahan ilmu yang telah dijana di IPTA kepada sasaran komuniti & industri untuk tujuan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam seperti :

  1. KTP mampu menyokong kerjasama yang saling menguntungkan di antara universiti dan industri (termasuklah agensi kerajaan/agensi bukan kerajaan/sektor awam)
  2. KTP mampu menyediakan pelantar untuk pertukaran harta intelek tangible dan intangible, kepakaran, pembelajaran dan kemahiran antara akademia dan industri.
  3. KTP merangkumi bentuk-bentuk interaksi termasuk kajian bersama, perundingan, pendidikan, latihan, pembangunan siswazah, persidangan, berkongsi kemudahan fizikal dan penempatan pelajar.

Permohonan Geran ini perlu menunjukkan kerjasama IPTA dengan industri/komuniti terhadap inisiatif yang saling bermanfaat :

  1. Akademia  : mampu menggabungkan ilmu terbaru daripada industri dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan.
  2. Industri      : dapat memanfaatkan sumber daya IPTA untuk meningkatkan kemampuan perniagaan dan manfaat ekonomi mereka.
  3. Komuniti   : dapat dimanfaatkan daripada ilmu yang telah dijanadi IPTA untuk  meningkatkan kualiti hidup bagi sesuatu komuniti.
  4. Graduate Intern : meningkatkan pembangunan peribadi dan profesional pelajar dan graduan.

SKIM GERAN KTP INDUSTRI

Tujuan skim geran ini adalah bagaimana IPTA Malaysia dapat membantu dalam menyampaikan dan memindahkan ilmu yang dijana di IPTA masing-masing untuk industri.  Pengetahuan yang akan dipindahkan harus didasarkan pada asas tertentu yang harus ditentukan.

SKIM GERAN KTP KOMUNITI

Tujuan skim geran ini adalah untuk menyampaikan dan memindahkan ilmu yang dijana di IPTA masing-masing untuk sasaran komuniti yang dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti.  Projek boleh disasarkan kepada institusi-institusi awam seperti sekolah, pusat-pusat latihan, institusi tertiari terutama institusi awam, perubuhan sukarelawan yang berfokus kepada pembangunan komuniti dan sebagainya.  Keseluruhan bajet projek boleh diasaskan daripada permohonan geran ini.  Walaubagaimanapun jika komuniti boleh menunjukkan komitmen kepada kos projek dalam bentuk komitmen kewangan dan bukan kewangan, pertimbangan khas boleh dijadikan kriteria pemilihan geran.

BIDANG-BIDANG TUMPUAN UTAMA ATAU KRA

  1. Pendidikan : meningkatkan tahap pendidikan di daerah-daerah tertentu
  2. Keuntungan ekonomi untuk sektor industri di sektor dikenalpasti
  3. Kelestarian dan inisiatif teknologi hijau
  4. Kumpulan Kelainan Mampu atau Upaya (OKU)
  5. Pembangunan Kurikulum industri yang relevan (untuk sektor berimpak tinggi)

 

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN GERAN KTP

Syarat-syarat umum permohonan KTP

 

SKIM GERAN KTP

  • Skim Geran Pemindahan Ilmu Komuniti
  • Skim Geran Pemindahan Ilmu Industri
  • Skim Geran Pemindahan Ilmu Flagship Komuniti
  • Skim Geran Pemindahan Ilmu Flagship Industri
  • Skim Geran Pemindahan Ilmu Pembelajaran Sepanjang Hayat

KRITERIA PENILAIAN PERMOHONAN GERAN KTP INDUSTRI DAN KOMUNITI

KRITERIA

 

SASARAN DAN HASIL GERAN KTP INDUSTRI/KOMUNITI

Setiap program perlu menetapkan sasaran yang relevan kepada objektif dan juga tujuan program KTP untuk pengukuran keberhasilan program seperti berikut :

  1. Hasil Pemindahan Ilmu  – Geran KTP ini perlulah menyenaraikan hasil kepada perkara-perkara berikut berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan :

Hasil kepada syarikat atau industri (Contoh : pertambahan perolehan syarikat atau keuntungan), hasil kepada masyarakat atau komuniti (contoh : peningkatan kualiti hidup sasaran komuniti), pulangan kepada IPTA (Pengiktirafan kepada ahli akademik), Pembangunan Modal Insan kepada Graduate Intern (Kebolehpasaran Graduate Intern).

2. Penerbitan – Semua program mestilah menghasilkan penerbitan dalam bentuk laporan teknikal.  Penghargaan kepada geran KTP mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap laporan yang diterbitkan.

3. Hak Harta Intelek

3/4  Harta Intelek hasil geran KTP menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia, Industri dan IPTA tertakluk kepada persetujuan bersama

3/4 Pengurusan harta intelek adalah tanggungjawab IPTA

3/4 Hasil pengkomersilan dari projek program yang dibiayai oleh geran KTP dan sumber lain hendaklah dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran  dan sumbangan dalam bentuk lain bagi projek tersebut.

3/4 Untuk IPTA, hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut polisi pengkomersilan sedia ada.

 

PROSES PERMOHONAN GERAN KTP

PROSES PERMOHONAN